Penulis : Aza Asyiqin
PENGENALAN
Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Pengurusan murid pelbagai upaya ialah program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu yang bekeperluan khas serta membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang bekeperluan khas.
ISI PENTING
Kajian
mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik:
·
Perbincangan
iaitu pemulihan
·
Pengayaan
·
Pelbagai
kecerdasan
·
Berkeperluan
khas
Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan
atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan
murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar
sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala
pelbagai kecerdasan ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang
tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai
keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran
luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah
bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan
seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan
mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam
kajian ini.
PEMULIHAN
Konsep
Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang
mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira. Pemulihan menjurus kepada aktiviti untuk membaik pulih sesuatu perkara
bagi memperbaiki taraf sesuatu atau seseorang. Antara program pemulihan yang
dilakukan ialah “ program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran
dan bukan kognitif.” Program ini dijalankan oleh guru yang khusus dengan
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainana mengikut
personaliti murid supaya pelajar pendidikan lebih memahami mengikut caranya
tersendiri.
Ciri-ciri
Kanak Pemulihan:
·
Rendah
diri
·
Pasif
·
Mengganggu
rakan
·
Kerap
tidak hadir sekolah
·
Lemah
pemahaman
·
Malas
·
Cepat
bosan
PENGAYAAN
Konsep
pengayaan merupakan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Memberi aktiviti
tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Hal ini, membolehkan murid
menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan
minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan
bakat mereka. Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
PENGHAYATAN
MENDATAR
|
PENGHAYATAN
MENEGAK
|
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
|
Dirancang
mengikut kumpulan yang cerdas
|
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
|
Kadar kesukaran aktikviti
pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
|
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran
yang diajar
|
Jenis
aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan dan
rekreasi
|
BERKEPERLUAN
KHAS
“Individuals
who differ from societal or community standards of normalcy. These differences
may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural
characteristics. Many of these children may require educational program
customized to their unique needs” -Garciulo (2003)
Pintar
Cerdas
Menurut
Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal
pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan
prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang
lain.
Ciri-ciri
Pintar Cerdas:
·
Perbendaharaan
kata yang lebih luas,
·
Mempunyai
kematangan dari segi penggunaan istilah,
·
Keistimewaan
dalam matematik,
·
Mencari
kesempurnaan kendiri,
·
Tidak
mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah,
·
Petah
berkomunikasi.
·
Pendidikan
Pintar Cerdas
·
Kurikulum
akademik yang diubahsuai.
·
Kurikulum
sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang tinggi.
·
Mengandungi
proses berfikir secara kritis dan kreatif.
Autisme
Autisme
bermaksud kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam
aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
Ciri-ciri
Autisme:
·
Sukar
berkomunikasi
·
Mengelak
untuk bertentang mata
·
Emosi
tidak seimbang
·
Mencedera
diri sendiri
·
Sukar
memahami orang lain
·
Pasif
Pendidikan
Autisme ialah pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam
komuniti (PDK) dan termasuk dalam program bersepadu dan terancang. Pendekatan
yang dijalankan adalah untuk melihat dari segi tingkah laku pelajar dan
merupakan pendidikan inklusif.
Disleksia
Disleksia
merupakan keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius.
Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.
Ciri-ciri
Disleksia :
·
Disparaxia
(masalah koordinasi motor-mata-tangan).
·
Diskalkulia
(merujuk kepada masalah matematik).
·
Disgrafia
(merujuk kepada bahasa).
Pendidikan
Disleksia ialah pendekatan multi sensori yang paling sesuai kerana menggabungkan
beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan
pergerakan. Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah
pengajaran terhadap pelajar disleksia.
TEORI
KECERDASAN PELBAGAI
Diasaskan
oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
Menurut
beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia
juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan
dan suasana pembelajaran. Terdapat
sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
1. Kecerdasan
Logik-Matematik
Pelajar
mempunyai kelebihan dalam matematik. Golongan yang mempunyai pemikiran yang
saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,
generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Kemahiran dominan di
bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan
abstrak.
2. Kecerdasan Verbal-Linguistik
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam
menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Memahami bahasa
yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan. Mahir
dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu
unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa,
dan pengucapan awam.
3. Kecerdasan Muzik
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari,
mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada
alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin. Kecerdasan muzikal ini
mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
4. Kecerdasan Kinestetik
Badan
Individu
jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada
sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi. Mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan
melalui tubuh badan mereka. Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan
fizikal dan mental.
5. Kecerdasan
Interpersonal
Golongan
ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Mereka
berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan
tabiat orang lain. Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan
diri dalam pelbagai situasi yang ada.
6. Kecerdasan
Intrapersonal
Mempunyai
kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang
diri sendiri. Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan
yang lebih baik. Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin
dan mampu hidup berdikari. Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.
7. Kecerdasan Ruang Visual
Individu
ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi
yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam
kawasan persekitaran mereka. Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan
dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat.
8. Kecerdasan Naturalis
Mempunyai
kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada
pada alam sekeliling. Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat
selesa berada bersama alam terbuka. Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai
alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur
kejadian alam.
9. Kecerdasan
Eksistensialis
Mempunyai
persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui
oleh golongan manusia. Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah
bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini
juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan
masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang
berkembang pada masa kini.
RUMUSAN
Sebagai
kesimpulannya, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mnembantu pelajar-pelajar
pelbagai upaya supaya dapat memberi pengajaran pada kelajuan yang sesuai dan
memberi kerja kognitif yang berpatutan agar dapat mencapai standard prestasi
yang realistik. Hal in, kerana pelajar kurang upaya juga berpeluang untuk mencapai
kecemerlangan dalam hidupnya mengikut potensinya.