Tuesday, 9 June 2020

SOSIOLOGI DAN INTERAKSI

Penulis : Mohd. Sabarudin

PENDAHULUAN
Istilah sosiologi telah  diperkenalkan oleh Auguste pada abad ke-18 hingga 19 dalam bukunya Positive philosophy. Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” yang bermaksud berkongsi. Istilah  ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat. Sosiologi juga dapat diertikan sebagai kajian mengenai interaksi sosial dan organisasi. Menurut (Jarry & Jary, 1995), sosiologi ialah kajian mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi dan lain-lain. Ia juga merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993). Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia. Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.

Isi-isi penting

Tiga isi penting yang telah saya perolehi dalam tajuk ini ialah:

Teori Fungsionalisme
  • Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat.
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri.
  • Teori ini melihat struktue dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam disiplin sains tulen.
  • Masyarakat diumpamakan seperti organisma yang mempunyai bahagian dikenali struktur
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat

Tiga andaian ahli fungsionalisme 

  • Stabiliti : Kriteria penilaian untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
  • Harmoni : Bagaimana semua struktur masyarakat bekerjasama mencapai tujuannya.
  • Evolusi : Perubahan dalam masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
  • Teori ini menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan (Teori Konsensus)


Teori Konflik

  • Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
  • Menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
  • Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
  • Mengkritik kapitalisme
  • Menimbulkan persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.


Teori Interaksionisme Simbolik

  • Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)
  • Teori mengkaji bagaimana individu menginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif 
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia 
  • Kepentingan memahami simbolik digunakan dalam interaksi manusia 
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya 
  • Makna yang simbolik (perkataan, perlakuan, objek, bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan.


RUMUSAN

Secara keseluruhannya terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh barat tentang sosiologi dan interaksi. Dalam hal ini, teori fungsionalisme lebih menekankan struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat. Teori ini telah membuat 3 andaian tentang sosiologi dan interaksi. Manakala teori pula menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat dan ia menimbulkan banyak persoalan mengenai struktur masyarakat. Teori yang terakhir adalah teori interaksionisme simbolik. Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ia melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi masyarakat.

No comments:

Post a Comment

BIBLIOGRAFI

Ain Shahira Rosman (2018). Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran.              Diperoleh Mei 7, 2020  daripada http://missminarmy.blogs...