Menurut Jaafar Muhammad (1988), pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi tercapai. Manakala, murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah.
2.0 Isi
penting
1.
Mengurus Rekod Murid
v Pengurusan rekod murid adalah
satu proses dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang
bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan,
penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan
maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
v Pengurusan rekod murid
bertujuan menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala
aspek perkembangan pontesi (intelek, rohani, jasmani, dan sosial). Selain itu,
rekod murid menjadi panduan ibubapa dan pelajar dalam memahami kemajuan dan kebolehan dalam diri pelajar.
v Kaedah yang boleh dijalankan
untuk membuat pengurusan rekod pelajar iaitu dengan menggunakan kemudahan
teknologi seperti buku rekod dan rekod atas talian, bagi pengurusan rekod yang
dilakukan dapat dibuat dengan lebih sistematik.
v Jenis-jenis rekod murid
seperti rekod kemajuan murid, rekod kehadiran, rekod kutipan yuran, rekod
prestasi dan rekod profil.
2.
Kesediaan Murid Belajar
v Kesediaan Murid Belajar
merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari
sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua
perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila
peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan
kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.
v Kesediaan mempunyai beberapa
bahagian iaitu Kesediaan Kognitif yang berkaitan dengan peringkat perkembangan
intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai.
Kesediaan Afektif merujuk kepada sikap,
keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan Kesediaan psikomotor
iaitu merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk
melakukan proses pembelajaran yang baru.
v Antara perbezaan
yang dapat dihayati dalam kesediaan
murid adalah dalam aspek fizikal, kognitif, emosi, tingkahlaku, sosial
dan rohani. Iaitu melalui perbezaan jantina, pergaulan, interaksi dan aktiviti
sosial, cara kehidupan yang berbeza di antara satu individu dengan individu
yang lain, falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza antara individu.
v Strategi implementasi
kesediaan belajar seperti gunakan set induksi yang menarik, rancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada,
Peringkatkan isi pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid (mudah ke
kompleks), gunakan pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak
lagi.
3.
Memotivasikan Murid
v Motivasi merupakan rangsangan
yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat
tertentu. Motivasi juga merujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit,
mengarah dan mengawal minat serta tingkahlaku manusia (Wolfolk,1990).
v Antara faktor motivasi adalah
minat iaitu tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu
menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Seterusnya, naluri dan inkuiri. Naluri
ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta
dan mereka bentuk. Dari segi desakan dan keperluan, desakan melibatkan tindakan
disebabkan oleh keperluan fisiologi, manakala keperluan melibatkan
keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi.Selain itu, sikap,
harapan dan aspirasi turut menjadi faktor motivasi. Sikap dibentuk daripada kefahaman
, perasaan dan tindakan. Harapan pula ialah ramalan subjektif selaras dengan
kognitif. Manakala aspirasi ialah penilaian yang subjektif terhadap tugas yang
dilaksanakan.
3.0
Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan murid
merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di
sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah dan mantapkan lagi
sistem pengurusan murid di sekolah. Pihak kepimpinan sekolah memainkan peranan
yang penting dalam berkerjasama dengan para guru untuk melancarkan proses
pengurusan murid di sesebuah sekolah.
No comments:
Post a Comment