PENGENALAN
Pengurusan
bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta
usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon
Sang, 2011). Selain itu, konsep pengurusan bilik darjah merangkumi kaedah dan
strategi yang digunakan oleh guru selaku pengurus bilik darjah untuk mengangani
masalah pengawasan, kemudahan fizikal, suasana pembelajaran yang kondusif,
serta pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar (Solarte 2011). Seterusnya pengurusan
bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka
saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch,
2006).
ISI PENTING
Antara isi penting yang telah saya pelajari dalam tajuk pengurusan bilik darjah ini ialah:
a) Persekitaran
Fizikal
v Bilik
darjah yang mempunyai persekitaran fizikal yang berkualiti dan
optimum untuk tujuan pembelajaran.
v Bilik
darjah yang memiliki susun atur kerusi dan meja yang baik untuk keselesaan murid.
v Persekitaran
fizikal yang baik juga merangkumi ruang-ruang pembelajaran yang khusus dalam
bilik darjah agar murid dapat melakukan aktiviti pembelajaran dengan selesa dan
bebas seperti aktiviti lakonan, bercerita atau melukis.
v Aspek
kebersihan sangat penting bagi mengekalkan keselesaan murid dan menjamin
kesihatan mereka ketika belajar.
b)
Persekitaran
Psikososial
v Persekitaran
psikososial merujuk kepada bentuk komunikasi, corak interaksi dan jenis pendekatan
yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
v Guru
mestilah menentukan objektif pengajaran dan pembelajarannya sesuai dengan
keperluan intelek murid.
v Seseorang
guru perlulah berusaha memenuhi keperluan pembelajaran muridnya mengikut
keupayaan individu tersebut melalui gaya pembelajaran koperatif atau berkumpulan
kerana ia sesuai bagi murid-murid yang mempunyai sikap rendah diri, pasif dan mengelak
dalam setiap aktiviti pembelajaran.
v Sekiranya
guru mengamalkan gaya kepimpinan bersifat demokrasi iaitu terdapat nilai tolak
ansur dalam setiap urusan pembelajaran, maka murid akan selesa untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
c)
Peraturan
dan Rutin Bilik Darjah
v Guru
turut bertanggungjawab mendisiplinkan murid dan membentuk tingkah lakunya ke
arah positif.
v Guru
boleh meminta janji kepada murid sekiranya mereka gagal mengikuti setiap
peraturan yang dipersetujui bersama maka tindakan akan diambil.
v Di
pihak guru pula perlu memikirkan bentuk hukuman atau dendaan yang hendak diberikan
sekiranya peraturan gagal mereka ikuti.
v Rutin
merupakan sesuatu yang dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga amalan itu
menjadi kebiasaan atau tabiat.
v Menurut
Haliza dan Joy (2009), rutin merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh
murid dalam aktiviti spesifik mereka di dalam bilik darjah.
KESIMPULAN
Tanggungjawab
seorang guru bukan sekadar mendidik bahkan mentadbir bilik darjah dengan cara
yang terbaik. Guru bertanggungjawab menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif dan efektif sama ada dari segi persekitaran fizikal atau persekitaran perkembangan
emosi murid yang baik. Bilik darjah yang dikendalikan dengan sistematik mampu
meningkatkan sifat positif murid dalam pembelajaran. Hal ini juga akan
menggalakkan pembentukan hubungan baik di antara murid dengan murid dan murid
dengan gurunya. Guru wajar mengamalkan tahap pengurusan
bilik darjah tertentu yang dirasakan paling sesuai sebagai usaha menjadikan
pelajar seronok berada di dalam kelasnya dan berjaya menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment