PENGENALAN
Pengurusan bermaksud
satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam
mencapai matlamat kumpulan ( Haji Samsudin bin Md Noor ) manakala alam
pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang
minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea
rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Dalam pengurusan alam
pembelajaran ini, guru merupakan individu yang penting dalam memainkan peranan
seperti sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar
supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang telah disediakan dan
sebagainya. Pengurusan alam pembelajaran juga penting dalam memastikan objektif
tercapai . Dalam topik pengurusan alam pembelajaran ini, terdapatnya tiga isi
penting yang terkandung di dalamnya.
a) Sebelum sesi pembelajaran
·
Persediaan
sebelum mengajar.
·
Guru perlu
menitikberatkan aspek-aspek sebelum memulakan pembelajaran.
·
Seperti ilmu, peralatan, ruang dan persediaan untuk mengajar di dalam kelas,
kebijaksaan dan penilitian dalam perancangan, penilaian dan refleksi.
·
Guru juga perlu
menguasai beberapa asas kemahiran.
·
Antaranya,
pengetahuan guru tentang nama dan latar belakang pelajar, prosedur menetapkan
peraturan di bilik darjah dan perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur
di bilik darjah.
·
Persediaan dari
segi mental dan fizikal sebelum memasuki kelas.
b) Semasa sesi pembelajaran
·
Guru perlu
merekod segala aktiviti di dalam buku rekod segala aktiviti pembelajaran.
·
Memastikan
suasana dalam bilik darjah mempunyai pengaruh kepada para pelajar dalam
pembelajaran.
·
Guru juga perlu
menekankan tiga aspek dalam pembelajaran seperti fizikal, emosi dan sosial
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
·
Dari segi
fizikal, guru perlu memastikan susun atur yang kemas dan selesa serta
menyediakan kemudahan kepada pelajar.
·
Aspek emosi,
guru perlu mempunyai sifat yang positif dalam diri iaitu peramah, suka hati,
menyanyangi pelajar dan sebagainya.
·
Aspek sosial
pula, ia melibatkan hubungan pelajar dengan rakan sebaya bagi membantu mereka
dalam menyiapkan kerja secara berkumpulan.
·
Menggalakkan
suasana yang kondusif di dalam kelas semasa pembelajaran bagi memastikan
pelajar lebih bersemangat.
·
Guru juga
disarankan untuk memberi motivasi atau kata semangat kepada pelajar yang berada
di bawah.
·
Menggunakan cara
pembelajaran yang semasa seperti menggunakan alat bahan bantu bagi menarik
perhatian pelajar di dalam kelas.
c) Selepas sesi pembelajaran
·
Memastikan
setiap penyampaian semasa pembelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar.
·
Memberi rumusan
selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya,
pengurusan alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu sebelum,
semasa dan selepas pembelajaran . Pengurusan alam pembelajaran ini juga
merupakan aspek yang penting kepada semua pelajar untuk mengikuti setiap
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga merupakan orang yang penting dalam
memastikan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Oleh itu,
guru perlu mempunyai dan menguasai beberapa aspek dalam diri mereka bagi
memudahkan urusan dalam pembelajaran dan memastikan objektif tercapai.
No comments:
Post a Comment