PENGENALAN
Bimbingan ialah perbuatan membimbing iaitu mengajar sehingga sesuatu pekerjaan atau tugas dapat diselesaikan. Dalam konsep pendidikan, pengurusan bimbingan dan penasihat boleh merujuk kepada tugas guru sebagai penasihat yang terbaik terutamanya kepada para pelajar. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Oleh itu, bimbingan perlulah diberikan kepada pelajar agar tiada lagi masalah yang dihadapi mereka seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.
Contoh organisasi bimbingan dan penasihat
PROSES
BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
·
Fasa
pertama melibatkan kesedaran guru
sebagai pembimbing dan penasihat kepada pelajar. Guru mestilah memainkan
peranan penting kerana mereka dilihat sangat dekat dengan para pelajar. Guru
perlu bersedia untuk membimbing para pelajar dengan hati yang terbuka.
·
Fasa
kedua ialah penguasaan guru tentang
kemahiran bimbingan dan penasihatan. Guru mestilah bersedia membantu pelajar
yang memerlukan. Guru perlu bersedia dengan beberapa kemahiran asas bimbingan
dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Tujuannya adalah
untuk memastikan proses bimbingan yang diberikan berjalan dengan lancar.
·
Fasa
ketiga melibatkan proses mengenali
pelajar dengan lebih dekat. Pada tahap ini, guru mestilah menggunakan
kemahiran asas bimbingan dan penasihatan untuk mengenalpasti pelajar yang
memerlukannya. Kemahiran yang baik akan berjaya mengumpulkan banyak maklumat
tentang pelajar. Maklumat tersebut sangat penting sebagai data yang digunakan
semasa proses bimbingan dan kauseling. Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk
mengumpul maklumat ialah teknik ujian, temubual, soal selidik dan rekod
kesihatan pelajar.
·
Fasa
keempat bermulalah proses membimbing
pelajar. Proses ini bertujuan untuk membina hubungan, mendefinisikan masalah
dan melaksanakan tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
·
Fasa
kelima pula ialah analisis penilaian.
Analisis ini akan menunjukkan sama ada keberkesanan khidmat bimbingan dan
penasihatan berkesan atau tidak. Hasil analisis keatas pelajar merupakan
jawapan bagi keberkesanan tersebut. Sekiranya keputusan tidak memberangsangkan,
maka fasa yang seterusnya perlu dilakukan jika perlu.
PERBEZAAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BIMBINGAN
|
KAUNSELING
|
Dilaksanakan
oleh sesiapa sahaja
|
Dilaksanakan
oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling
|
Berlaku
di mana sahaja
|
Berlaku
dalam bilik khas
|
Fokus
kepada permasalahan yang dihadapi
|
Fokus
kepada individu bermasalah
|
Dalam
masa yang singkat serta dipantau oleh penasihat
|
Menggunakan
lebih banyak masa dan dipantau secara berterusan
|
No comments:
Post a Comment