Tuesday, 9 June 2020

INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Penulis : Mohd. Sabarudin


PENGENALAN


Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Mengikut kamus A English Dictionory:Interaksi bererti proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep pendidikan, interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu interaksi antara individu dan interaksi individu dengan alam sekitar. Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain iaitu tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu. 


ISI-ISI PENTING

Terdapat 6 isi penting dalam interaksi dalam pembelajaran iaitu:


Interaksi sehala


v  Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan.
v  Gaya kepimpinan dalam kelas secara autokratik.
v  Murid bersikap pasif kerana kurang berkomunikasi.


Interaksi Dua Hala


  • Berdasarkan penyertaan murid dalam PDP melalui interaksi guru-murid.
  • Menjadi dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab.
  • Interaksi antara rakan sebaya tiada.
  • Interaksi pasif seperti ini membuatkan menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka.
  • Bersikap positif dan percaya kepada pelajar
  • Bersifat ramah dan mesra
  • Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar
  • Gunakan bahasa yang mudah difahami
  • Galakkan pelajar berikan idea atau pandangan
  • Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi


     
Interaksi Kumpulan


Ø  Bertujuan untuk galakan penyertaan aktif pelajar dalam PdP.
Ø   Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinterkasi dengan sama mereka dalam perbincangan.
Ø   Guru hanya menjadi pemudah cara.
Ø  Interaksi ini mampu memupuk nilai positif seperti berkerjasama, menghormati, toleransi dan perpaduan.
Ø  Dalam keadaan ini pelajar yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu berinterkasi dengan aktif dengan rakan lain.
Ø  Gaya kepimpinan dalam kelas secara demokratik.
Ø 
Murid saling berkomunikasi.


Interaksi antara kumpulan


o   Selepas berbincang dalam kumpulan, boleh diadakan sesi pembentangan.

o   Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.


Interaksi Sosial


o   pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan.
o   Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yg maksimum antara pelajar.
o  
Strategi pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk wujudkan interaksi sosial.


Interaksi berkesan


ü  Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima.
ü  Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya.
ü 
Beberapa  cara boleh diamalkan oleh guru untuk wujudkan interaksi berkesan, antaranya :

RUMUSAN


Kesimpulannya, Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, interaksi sosial dan interaksi berkesan adalah sangat penting untuk menilai tahap kefahaman seseorang murid terhadap sesuatu tajuk atau pelajaran yang dipelajari. Pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan guru. Guru ini mengamalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa untuk berinteraksi pelajar lain.





No comments:

Post a Comment

BIBLIOGRAFI

Ain Shahira Rosman (2018). Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran.              Diperoleh Mei 7, 2020  daripada http://missminarmy.blogs...